Saturday 12 March 2016

Filled Under:

Mohon Share !!! TNB Kongsi Tip Penjimatan Dan Penggunaan Penghawa Dingin Dengan Bijak



Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas ini   . Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.....

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik :-

###   Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius....
Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan p0tensi penyejukan  tersebut.....  Penapis yang k0t0r menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin....

Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga b0leh membantu penghawa dingin ber0perasi pada tahap optimum.....


###   Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup... Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam penghawa dingin dipasang..... Tambahan pula, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.....  Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.....

###   Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu,  dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.....

###   Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerana penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana k0mpres0r penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang....







0 comments:

Post a Comment